E-PASAR SABAH

Inisiatif ini telah bermula Mac 2020 setelah kerajaan mengumumkan PKP Pertama. Pihak PERDIKS Tuaran melalui kerjasama G3PNS Sabah telah menjalankan 1 inisiatif ketika itu dikenali sebagai E-Pasar & Bazaar Sabah. Langkah awal program ini telah mengambil pendekatan mewujudkan Group Whatsapp dan Facebook Page sebagai platform jualan kepada ahli dan usahawan. Seramai 1000 Usahawan dari seluruh Sabah telah menjadi usahawan E-Pasar Sabah. 

Ogos 2020 pihak PERDIKS Tuaran dengan kerjasama dengan Syarikat Vixtech bagi mewujudkan platform Shopee. Kerjasama ini telah membawa lagi nama E-Pasar Sabah sebagai salah satu kedai yang ada di Shopee. Sehingga Mac 2021,seramai 150 usahawan bersama dalam Shopee E-Pasar Sabah. 

E-Pasar Sabah diwujudkan oleh En Azlee Okee selaku pemilik dan pengasas program ini. E-Pasar Sabah telah sah berdaftar sebagai sebuah syarikat dengan dimiliki oleh En  Azlee Bin Okee. No Pendaftaran Syarikat adalah TRN/2021/57. 

Pendaftaran untuk menjadi usahawan E-Pasar Sabah masih dibuka dan pendaftaran adalah percuma kecuali jika ingin masuk produk ke platform Shopee,Usahawan WAJIB menjadi ahli PERDIKS Tuaran terlebih dahulu.


 

E-PASAR SABAH RIDER

Inisiatif ini telah bermula Mac 2021, ini disebabkan keperluan mendesak semasa dan permintaan tinggi kepada perkhidmatan penghantaran atau rider. PERDIKS Tuaran melalui Pengerusinya telah mewujudkan platform ini dan menjadikan ia sebagai salah satu inisiatif yang mampu menjana pendapatan ahli dan usahawan.

Peringkat awal seramai 2 rider telah menjayakan program ini. Hal ini bagi membantu masyarakat sekitar mahupun orang ramai menggunakan perkhidmatan ini.

Lokasi penghantaran juga dihadkan Daerah Tuaran - Kota Kinabalu SAHAJA. 

Pihak PERDIKS Tuaran belum membuat apa-apa aplikasi untuk program ini,namun akan diusahakan dari masa ke masa. Setakat ini hanya menggunakan manual dan menggunakan whatsapp dan Facebook untuk berhubung.

E-Pasar Sabah Rider ini diasaskan oleh En Azlee Okee selaku Pengurus Besar E-Pasar Sabah dan Puan Nor Hayanih Binti Aminudin sebagai Pengurus bagi Program ini. E-Pasar Sabah Rider diletakkan dibawah Syarikat E-Pasar Sabah. No Pendaftaran Syarikat TRN/2021/57.