Welcome
E-Pasar Sabah
BARISAN PENGURUSAN E-PASAR SABAH
EN AZLEE BIN OKEE
Pemilik dan Pengurus Besar
E-Pasar Sabah
PN NORHAYANIH BINTI AMINUDIN
Pengurus RIDER E-Pasar Sabah
PN RAFIDAH BINTI DZULKIFLEE
Pengurus Kewangan E-Pasar Sabah
PN SITI RUPIAH TAN
Admin E-Pasar Sabah
DAFTAR RIDER E-PASAR SABAH
Terima kasih sudi mendaftar sebagai RIDER E-Pasar Sabah,pihak Admin akan menghubungi anda setelah semua dokumen diperlukan dilengkapkan oleh pemohon. Semoga segala urusan anda dipermudahkan
TEKAN FILL OUT FORM (DIBAWAH)
E-PASAR SABAH
E-Pasar Sabah adalah program yang diperkenalkan oleh PERDIKS Tuaran sejak Mac 2020 hingga kini. Namun kini,E-Pasar Sabah telah didaftarkan sebagai sebuah entiti Syarikat yang berdaftar dengan PBT (Pejabat Daerah Tuaran) sejak Januari 2021. Fokus utama E-Pasar Sabah adalah menjalankan perniagaan secara atas talian ataupun E-Dagang. Disamping itu E-Pasar Sabah juga menjalankan perniagaan makanan dan minuman serta Food Delivery. E-Pasar Sabah mempunyai pelbagai platform seperti Group Whatsapp (30 group whatsapp meliputi daerah-daerah di Sabah), Telegram, Facebook Page (mempunyai 21k likes and followers), Shopee (2 akaun aktif) dan dalam pembinaan website e-commerce epasarsabah (selewatnya hujung tahun 2021). E-Pasar Sabah ditadbir urus oleh En Azlee Bin Okee bersama barisan pengurusan lain dan membantu mengembangkan lagi perniagaan E-Pasar Sabah. Ahli berdaftar terkini dalam E-Pasar Sabah adalah seramai 1115 orang.
Bagi Pendaftaran E-Pasar Sabah Boleh Klik Link Dibawah:
*Bagi Ahli PERDIKS Tuaran tidak perlu mendaftar E-Pasar Sabah
E-PASAR SABAH RIDER
RIDER E-Pasar Sabah adalah cabang Program E-Pasar Sabah dengan Inisiatif PERDIKS Tuaran. Pengurus RIDER E-Pasar Sabah adalah Puan Nor Hayanih Binti Aminudin. Mula dilancarkan pada 16 Mac 2021 (Selasa) meliputi kawasan Tuaran dan Kota Kinabalu
Hari Operasi:
SELASA,KHAMIS,SABTU & AHAD
Masa Operasi:
08.00 Pagi Hingga 05.00 Petang
BERMINAT BOLEH TERUS HUB:
KADAR RIDER E-PASAR SABAH
Rate termaktub kepada perbincangan bersama Pelanggan dan Rider. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi terus Pengurus RIDER E-Pasar Sabah di nombor di bawah
sHOPEE E-PASAR SABAH
Shopee E-Pasar Sabah telah diwujudkan pada Ogos 2020 yang merupakan inisiatif PERDIKS Tuaran. Melalui Shopee,E-Pasar Sabah telah memasarkan lebih 170 produk usahawan Sabah dan membantu lebih 150 usahawan dalam menjana pendapatan melalui Shopee. Shopee juga telah memberi peluang kepada E-Pasar Sabah untuk memasarkan produk ke pasaran antarabangsa melalui platform Shopee International Platform (SIP) sejak Jun 2021.
Untuk Melayari Shopee E-Pasar Sabah boleh Klik Link Di Bawah
SHOPEE PERDIKS TUARAN
Shopee PERDIKS Tuaran baru sahaja dilancarkan pada 14 Mac 2021 dengan tujuan untuk mengetengahkan Produk Usahawan PERDIKS Tuaran di Shopee. Juga untuk membantu produk-produk Usahawan Tuaran-KK untuk menggunakan khidmat penghantara RIDER E-Pasar Sabah. Shopee Perdiks Tuaran lebih fokus kepada Shipping COD sahaja dan juga Perkhidmatan J&T Seluruh Malaysia. Shopee PERDIKS Tuaran ini ditadbir urus oleh Puan Nor Hayanih Binti Aminudin.
Untuk melayari Shopee PERDIKS Tuaran boleh la Klik Link Dibawah